Sunday 6 January 2013

SENARAI TUGAS JURUTEKNIK KOMPUTER FT17

1. Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan ICT di sekolah dibawah penyeliaan Pengetua/Guru Besar/Guru Data
2. Menguruskan dan menyelenggara kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi yang dibekalkan oleh KPM/JPN serta menyelesaikan masalah teknikal yang timbul 2.1. Pemeriksaan dan penyenggaraan kelengkapan IT yang rosak seperti kerosakan papan induk, cakera keras, cakera liut, tetikus dan sebagainya (1st level support) 2.2. Membantu dalam troubleshoot sistem rangkaian dan aplikasi sistem di pertingkat sekolah. 2.3. Membantu PPTM dalam melaksanakan pelarasan sistem berkaitan dengan pembahagian IP-Address, Gateway, Modem dan sebagainya. 2.4. Membantu memantau dan mengurus Rangkaian LAN dan WAN serta menyelaras server-server utama dan peralatan rangkaian seperti firewall, Proxy, DNS bagi School*Net dan MOE*Net dan sebagainya. 2.5. Help-desk dan 1st level support (menerima aduan dan membuat troubleshoot awal kerosakan) 2.6. Sebagai liason officer bagi aktiviti penyelenggaraan berpusat termasuk mencatat log, memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan bagi aktiviti yang belum siap dan sebagainya 3. Menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan membantu mereka sewaktu menggunakannya dalam Pengajaran dan Pembelajaran. 4. Mengurus isu-isu keselamatan sistem maklumat diperingkat sekolah serta mewujudkan kawalan dan prosedur keselamatan yang berkesan selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh JPN/KPM/PPD/Sekolah dan MAMPU. 5. Membantu pihak pengurusan sekolah dalam aktiviti pengemaskinian data dan maklumat seperti EMIS, HRMIS, SMM, SSDM, SISPEB, Sistem Buku Teks dan sebagainya. 6. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan peralatan ICT yang di arahkan dari semasa ke semasa.